Pendaftaran Sesi 2023/2024

PENDAFTARAN

Prosedur Pendaftaran

Pendaftaran untuk sesi persekolahan 2023/2024 akan dibuka mulai:

  • Ahad, 13 November 2022 (untuk pendaftaran semula pelajar 4 & 5 tahun sesi 2022 dan pendaftaran baru adik-beradik kepada pelajar sesi 2021 sahaja).

Sila ambil maklum perkara-perkara penting berikut:

  1. Anak-anak yang berumur 4 dan 5 tahun pada sesi 2022 perlu mendaftar semula jika berminat untuk meneruskan persekolahan di Tadika Sikecil Genius pada sesi 2023 (Bermula Mac 2023).
  2. Keutamaan mendaftar awal mulai  Selasa 13/11/2022 akan diberikan kepada ibubapa sesi 2021 untuk mendaftarkan semula anak untuk sesi tahun hadapan termasuk mendaftarkan anak yang baru. Walau bagaimanapun, selepas tarikh 26/11/2022, pendaftaran adalah secara ‘first come first serve’ kerana ibu bapa baru akan mula mendaftar.
  3. Semua ibubapa baru yang mendaftar ke Tadika Sikecil Genius dan ibubapa pelajar  WAJIB menghadiri sesi taklimat ringkas di tadika untuk penerangan tentang terma & syarat pendaftaran, perincian yuran tahunan dan bulanan, peraturan-peraturan tadika dan program serta kurikulum yang di Tadika Sikecil Genius.
  4. Pihak tadika tidak mengamalkan konsep ‘booking’ atau ‘deposit’. Yuran pendaftaran perlu dijelaskan setelah borang pendaftaran di isi.

PERTANYAAN SEBELUM MENDAFTAR?

Kami Sedia Membantu Anda Membuat Keputusan

DAFTAR

Isi Borang Dibawah Untuk Menempah Tempat Sesi 2023

37 Murid Sudah Mendaftar Sesi 2023/2024

Sedia Untuk Mendaftar?

Kami Mengalu-Alukan Anda

Tahniah Kerana Membuat Keputusan untuk mendaftar. Klik butang untuk ke Borang Pendaftaran

SERONOK BERMAIN, SERONOK BELAJAR

PEMBELAJARAN BUKAN HANYA DI BILIK DARJAH

Pembelajaran & pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (semakan 2017). Seiring dengan matlamat dan objektif pendidikan kebangsaan, di Tadika Sikecil Genius juga menggunakan pelbagai pendekatan pembelajaran :

  • Pendekatan Secara Projek
  • Penyiasatan Saintifik
  • Pembelajaran Berasaskan Masalah
  • Pembelajaran Kolaboratif
  • Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

KEUNIKAN KAMI

Semua guru-guru kami berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak

Sentiasa dikemaskini dengan modul-modul selari dengan KSPK 2017

Seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, selain modul, guru-guru kami juga terlatih dalam pelaksanaan KSPK 2017

Guru menjalani latihan khas dalam mengajar kaedah membaca yang terbukti berkesa

Demi kemajuan dalam pembelajaran, kelas adalah diasingkan mengikut umur

Selain terletak di komuniti yang berpengawal dan berpagar, tadika juga dilengkapi oleh IP Camera. Halaman yang cantik dan terjaga disediakan khas untuk waktu bermain

Bukan Pelanggan Sedia Ada?

Kami Mengalu-Alukan Anda

Bagi pelanggan baharu, kami sarankan untuk hadir ke Openday atau Lawati Kami di Tadika dahulu bagi mendapatkan maklumat lanjut. Klik butang dibawah untuk buat temujanji dengan pengurus.

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2023

Guru-Guru Sedia Menanti Kedatangan Anak-Anak