Pendaftaran

PENDAFTARAN

Prosedur Pendaftaran

Pendaftaran untuk sesi persekolahan 2020 akan dibuka mulai:

  • Isnin, 2 September 2019 (untuk pendaftaran semula pelajar 4 & 5 tahun sesi 2019 dan pendaftaran baru adik-beradik kepada pelajar sesi 2019 sahaja).

Sila ambil maklum perkara-perkara penting berikut:

  1. Anak-anak yang berumur 4 dan 5 tahun pada sesi 2019 perlu mendaftar semula jika berminat untuk meneruskan persekolahan di Tadika Sikecil Genius pada tahun 2020.
  2. Keutamaan mendaftar awal mulai  Isnin 2/9/2019 akan diberikan kepada ibubapa sesi 2019 untuk mendaftarkan semula anak untuk sesi tahun hadapan termasuk mendaftarkan anak yang baru. Walau bagaimanapun, selepas tarikh 22/9/2019, pendaftaran adalah secara ‘first come first serve’ kerana ibu bapa baru akan mula mendaftar.
  3. Semua ibubapa baru yang mendaftar ke Tadika Sikecil Genius dan ibubapa pelajar  WAJIB menghadiri sesi taklimat ringkas di tadika untuk penerangan tentang terma & syarat pendaftaran, perincian yuran tahunan dan bulanan, peraturan-peraturan tadika dan program serta kurikulum yang di Tadika Sikecil Genius.
  4. Pihak tadika tidak mengamalkan konsep ‘booking’ atau ‘deposit’. Yuran pendaftaran perlu dijelaskan setelah borang pendaftaran di isi.

PERTANYAAN SEBELUM MENDAFTAR?

Kami Sedia Membantu Anda Membuat Keputusan

PRA DAFTAR

Isi Borang Dibawah Untuk Menempah Tempat Sesi 2020

KEUNIKAN KAMI

Semua guru-guru kami berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak

Sentiasa dikemaskini dengan modul-modul selari dengan KSPK 2017

Seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, selain modul, guru-guru kami juga terlatih dalam pelaksanaan KSPK 2017

Guru menjalani latihan khas dalam mengajar kaedah membaca yang terbukti berkesa

Demi kemajuan dalam pembelajaran, kelas adalah diasingkan mengikut umur

Selain terletak di komuniti yang berpengawal dan berpagar, tadika juga dilengkapi oleh IP Camera. Halaman yang cantik dan terjaga disediakan khas untuk waktu bermain

SERONOK BELAJAR, PETAH BERBICARA

PEMBELAJARAN BUKAN HANYA DI BILIK DARJAH

Pembelajaran & pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (semakan 2017). Seiring dengan matlamat dan objektif pendidikan kebangsaan, di Tadika Sikecil Genius juga menggunakan pelbagai pendekatan pembelajaran :

  • Pendekatan Secara Projek
  • Penyiasatan Saintifik
  • Pembelajaran Berasaskan Masalah
  • Pembelajaran Kolaboratif
  • Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2020

Guru-Guru Sedia Menanti Kedatangan Anak-Anak